Paparan Lebih Menarik Dengan Menggunakan Google Chrome! Selamat Membaca! For a better result, please use Google Chrome! Happy Reading Peeps!

Yuki Oh Yuki~

video

Ceritanya bermula begini, semasa memandikan anak buahku yang pertama bernama Muhammad Ikram Harraz B. Muhammad Hafiz di ruang tamu; Yuki pun berlega-lega di ruang tamu juga untuk menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga kami. Yuki dalam keadaan yang tidak terurus dengan bulunya yang serabai, biasalah musim mengawan! Jadi, kami tidak hairanlah dengan kehadirannya yang sebegitu.

Keesokan harinya, Yuki tidak balik kerumah sehari suntuk. Lagi sekali, kami tidak hairan dia tidak balik ke rumah kerana musim mengawan. 

Hari kedua (malam), Yuki akan sentiasa menunggu ayahku di luar rumah untuk menyambut kepulangan ayahku dari tempat kerja & dia akan seiring berjalan dengan ayahku sehingga masuk ke dalam rumah. Kali ini, lain pula senarionya. Yuki tidak menyambut ayahku pada hari itu. Ayahku mula perasan akan kehilangan Yuki.

Hari ketiga (malam), senario yang sama berlaku seperti hari kedua. Aku & ayahku berusaha mencari Yuki di sekeliling taman dengan menggunakan lampu suluh untuk pandunan pada malam yang samar-samar itu. Nasib tidak menyebelahi kami berdua, langsung tidak kelihatan kelibat Yuki di sekeliling taman perumahanku. Aku & ayahku kian runsing. "Dimanalah jugak Yuki ini pergi!"

Hari keempat, aku telah membuat hebahan seperti gambar dibawah untuk diberikan pada jiran-jiran yang mendiami di taman ini & meminta pertolongan ayahku untuk mencetakkan hebahan itu sebanyak yang mungkin.


Hari kelima, operasi memasukan hebahan kedalam peti surat jiran-jiran ditaman ini. Dengan hebahan yang disebarkan itu, kami berharap jiran-jiran disini dapat menghulurkan tangan untuk pertolongan. Hari kian gelap, masih tiada respon daripada jiran-jiran tentang Yuki. Pada pukul 11.13 p.m, ada mesej yang dihantar di  telefon ayahku berkata "Kucing itu ada di lorong 1/3." (Rumahku dilorong 1/5). Bergegas aku & ayahku pergi ke lorong 1/3 untuk mencari Yuki. Apabila sampai di lorong 1/3, kami memanggil namanya "Kii...". Kemudian suara mengiau terdengar sayup-sayup didalam kegelapan malam. Lalu, ku suluh di atap rumah kosong, kelihatan dia yang sedang teruja berjumpa dengan kami; tapi bagaimana untuk aku mengambil dia diatas atap itu? Dengan cara memanjat saja dapat menyelesaikannya. Selepas menurunkan Yuki, kami terus bawa masuk kedalam kereta. Kegembiraan & kesyukuran kami hanya Allah saja yang tau begitu juga Yuki. Bawa pulang kerumah, Yuki diberi makan, minum & bersihkan bulunya.



Terima kasih kerana sudi membaca!

No comments:

Back To Top

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tips! Home Tutorial! Knowing Me! Journal! Shout! ❤
Hak Milik Nasir Mukhriz©