Paparan Lebih Menarik Dengan Menggunakan Google Chrome! Selamat Membaca! For a better result, please use Google Chrome! Happy Reading Peeps!

Sesi Lepas Geram~ #1


AMARAN KERAS SEKERAS-KERASNYA!
   Anda telah membaca sesi lepas geram saya buat kali pertama di blog What I Like! Jika anda rasa entry kali ni macam personal + bosan, anda boleh baca entry lain. :)

   Ceritanya begini, saya ada kelas memandu hari ini di Institut Memandu(Nama Company tak boleh bagi tau) pada waktu 3.30 p.m. Ketika itu cuaca memang panas GILE! Jadi, saya pun naik Panas la juga! Nak pendekan cerita, saya memang bengang sangat dengan instructor tu punya kawan. Instructor saya ajar lain, yang dia ubah-ubahkan cara instructor saya ajar. Bila dia dah ubah-ubahkan cara ajaran Instructor saya, saya pun mula la ikut caranya & paling saya bengang sekali adalah dengan perangai dia yang suka buat saya lagi Tension bila memandu. Bila dah 'Terkantoi' dengan instructor saya, saya yang dimarahnya! Waktu tu, memang naik angin la saya.

   Waktu On the way nak balik ke rumah(Instructor hantar), saya bagi tahu semua pekara kat instructor saya bagaimana kawan dia mengajar saya. Tiba-tiba, instructor saya mula menyebelahi kawannya. Hrmmm, Naik lagi angin saya. Kononnya saya nak berlapis la sedikit ayat dengan orang tua, tak jalan juga. Maklumlah, saya ni kan bersikap jujur orangnya, Straight to the point! Saya pun bagi tahu yang saya tak boleh fokus, tension, fed up, annoyed bila kawan dia duduk sebelah saya ketika memandu & saya lebih selesa memandu TANPA kawannya. Baru instructor saya faham luahan hati saya! OSAH LOMBAB EH!

CERITA LAIN + SOALAN UNTUK ANDA!
   Instructor saya pernah bercakap pada saya yang dia tak suka orang yang banyak complain dengan cara dia, kalau tak dia hantar kat Instructor lain. Jadi, PADA PENDAPAT ANDA LAH, Adakah luahan hati saya yang dilepaskan pada instructor saya tadi adalah sebagai COMPLAIN sedangkan dia ada memberitahu KALAU ada yang tak puas hati dengan kawannya boleh bagi tahu dengannya? Sila komen untuk menjawab soalan saya.


Terima kasih kerana sudi membaca!

No comments:

Back To Top

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tips! Home Tutorial! Knowing Me! Journal! Shout! ❤
Hak Milik Nasir Mukhriz©