Paparan Lebih Menarik Dengan Menggunakan Google Chrome! Selamat Membaca! For a better result, please use Google Chrome! Happy Reading Peeps!

Maksud Yang Hendak Disampaikan Oleh GaGa.

Penjelasan Yang Lebih Jelas Tentang Lagu Lady Gaga - Alejandro



Sebelum itu, bagi yang sesiapa yang belum mengetahui mengenai Freemason boleh dilihat di:
http://terselubung.blogspot.com/2010...i-rahasia.html

Dan Illuminati:
http://ensofty.wordpress.com/2010/08...tu-illuminati/


Illuminati, Satanic Dalam 'Video Clip' Lady Gaga
   Dalam video terbarunya, ada sesuatu yang ingin dia cuba sampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan olehnya, Kalau hanya mendengar lagunya sahaja, mungkin tak banyak yang kita tahu. Kita akan mulai analisa semuanya dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video.


Video
Lady Gaga - Alejandro






Bintang berbucu 6 (lambang Israel)

Segi Tiga/Piramid (Lambang Freemason)

   Video dimulakan dengan lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa dari kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan. Salah satu lelaki tersebut memegang bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.


“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”



   Selepas itu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat melihat Gaga memakai jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ini adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang itu bukan hati biasa, tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Cari di Google untuk membacanya lebih lanjut.










"But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro."
   
   Siapakah Alejandro itu? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersamanya? DAN dia dicurangi oleh Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Kalau dengar lagu tanpa melihat video mungkin kita tidak akan mengerti. Gambaran video ini mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih mendalam. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?




   Kemudian Gaga ini dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya dari tingkap. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus, mempamerkan simbol Illuminati – The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.

   Selepas itu, ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang mengawal dia. Atau istilahnya, dia adalah ‘mind-control slave’. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang dikawal segala pergerakannya oleh Gaga si Illuminatist yang tak guna.



   Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai 'Red Latex Suit' seperti sister/nun/biarawati (Kristian) dan memegang tasbih. Waktu 'scene' ini Gaga memandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro”. Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat kedua tangannya ke langit. Jadi dalam part ini, nampak jelas sekali yang Gaga memaksudkan bahawa Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
(Alejandro = Tuhan)










“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”


   Maksud lirik ini pulak."A halo" bermaksud ia dianggap suci (holy). "Around her finger" (cincin kimpoi) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di "bolsillo"nya, "bolsillo" dalam bahasa Sepanyol bermaksud kocek (pocket) dan mula menyalahkan Tuhan.

Sehabis sahaja Gaga menyanyikan lirik itu, konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi hasrat/keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu 'Spirituality' yang baru. Dalam video ini lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati/sister/nun menjadi Paderi 'Luciferian' (Syaitan).

   Saya mengatakan bahawa itu adalah paderi syaitan sebab lihatlah jubah Gaga di atas. Terdapat banyak simbol Salib Terbalik. Ini menunjukkan simbol yang membawa maksud yang jelas sekali. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitannya. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai 'Cross Of St.Peter', untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan 'Satanisme' iaitu pemujaan syaitan.




Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan. Untuk memuja dan menyeru syaitan.




   Waktu lirik ini yang dinyanyikan menunjukkan Gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.


Don't bother me, Don't bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don’t call my name,vDon’t call my name, Bye Fernando.
I’m not you’re babe, I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)

   Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga dan menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.







   Setelah itu, Gaga memasukkan tasbih ke dalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri jaga ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan KeTuhanan dengan caranya sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif 'Lucifer'. Jelas sekali menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan, tetapi 'Lucifer'.











"I’m not your babe I’m not your babe, Fernando." 

   Waktu menyebut perkataan "Fernando", Gaga membuat simbol tangan seperti itu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Ingat, Gaga itu suka membuat simbol dengan sesuka hati dia. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Mari kita cari lagi apa makna yang tersembunyi dari dia.









   Kita dapat lihat, dibelakang Gaga ada salib. Gaga sudah menghina Kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang ke atas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik yang sama:






”Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando" (Jesus)



   Dan diakhir videonya, dilampirkan bersama strings. Pada mulanya Gaga yang mengawal lelaki itu dan diakhir video, ditunjukkan Gaga lah sebenarnya yang ternyata di kawal. Oleh siapa? Fikirkan siapa yang mengawal Gaga ini. Siapa dalang disebalik semua ini? Siapa ketuanya? 

   Sebagaimana disebutkan di atas, video 'Alejandro' sangat kompleks, simbolik dan sesuai untuk multi-tafsir. Boleh jadi macam-macam, bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video 'Alejandro' ini jelas dan tidak perlu banyak teka-teki macam video 'Telephone' dan 'Bad Romance'.
Jadi apa yang Gaga cuba sampaikan dari videonya? 

   Gaga ini membawa bersamanya semua agenda illuminati, dan banyak orang yang terpukau olehnya. Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga, tindakannya dalam setiap video. Tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya.
Di sini saya ingin katakan disini ialah:"Berhentilah mendengar lagu Gaga!"

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Lindungilah kami daripada tipu daya syaitan dan sekutunya. Amin Ya Rabbalalamin.


Terima kasih kerana sudi membaca!

No comments:

Back To Top

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tips! Home Tutorial! Knowing Me! Journal! Shout! ❤
Hak Milik Nasir Mukhriz©